Sejarah fonologi bahasa Inggeris

Seperti kebanyakan bahasa-bahasa lain, bahasa Inggeris mempunyai kelainan sebutan yang cukup luas merentasi pelbagai zaman dan pelbagai dialek. Walau bagaimanapun secara umumnya, dialek-dialek serantau bahasa Inggeris berkongsi sistem fonologi yang hampir seakan (tetapi tidak serupa). Kebanyakan dialek mengalami pelemahan vokal pada suku kata yang tidak ditekankan dan satu set ciri-ciri fonologi kompleks yang membezakan pasangan konsonan fortis-lenis (yang termasuk konsonan-konsonan hentian, letusan, dan geseran).

Rencana ini menerangkan perkembangan fonologi bahasa Inggeris dari semasa ke semasa, bermula dari akarnya dalam bahasa Jermanik Purba sehingga bercambahnya perbezaan dalam pelbagai dialek bahasa Inggeris moden yang berbeza.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy